Summer Pockets

Summer Pockets ialah novel visual Jepun yang dibangunkan oleh Key, sebuah jenama Visual Arts. Ia dikeluarkan pada 29 Jun 2018 untuk Windows dan kandungannya dinilai untuk semua peringkat umur. Summer Pockets adalah permainan ke-13 Key. Versi permainan diperluas bertajuk Summer Pockets Reflection Blue telah dikeluarkan pada 26 Jun 2020 di Jepun. Kedua-dua versi permainan asal dan Reflection Blue telah dialih pasarkan ke peranti iOS dan Android, dan Nintendo Switch . Reflection Blue juga telah dialih pasarkan ke PlayStation 4 . Versi bahasa Inggeris bagi permainan asal untuk Windows telah dikeluarkan oleh Visual Arts pada tahun 2020. Kisah ini berlatarkan sebuah pulau fiksyen di Laut Pedalaman Seto dan berkisarkan kehidupan Hairi Takahara, seorang lelaki muda yang menggunakan alasan kematian neneknya baru-baru ini untuk melarikan diri ke pulau itu selepas kejadian yang tidak menyenangkan menimpanya. Setibanya di sana, dia berkenalan dengan penduduk pulau Torishirojima dan beberapa gadis yang menjadi fokus dalam cerita ini.Tatapermainan Summer Pockets mengikuti garis plot percabangan interaktif dengan pelbagai senario, dan memfokuskan pada watak pemain yang cuba meraih minat dari empat watak utama wanita; jumlahnya dikembangkan kepada tujuh dalam Reflection Blue . Konsep permainan ini dicadang oleh Jun Maeda, tetapi beliau tidak menulis senario permainan ini kerana persamaannya dengan tema dengan Air, yang mana dia merupakan penulis utama. Walaupun Air juga menampilkan persekitaran luar bandar di tepi laut semasa musim panas, pasukan pembangunan menyasarkan Summer Pockets memberikan rasa yang berbeza. Nostalgia dan ikatan keibuan adalah tema yang ditonjol dalam permainan. Adaptasi anime juga telah diumumkan tetapi masih di peringkat awal produksi. [1]

Summer Pockets

Komposer
  • Jun Maeda
  • Shinji Orito
  • Donmaru
  • Tomohiro Takeshita
  • Ryō Mizutsuki
Mod Pemain Tunggal
Platform Microsoft Windows, iOS, Android, Nintendo Switch, PlayStation 4
Artis
  • Na-Ga
  • Tsubasu Izumi
  • Yūnon Nagayama
  • Fumuyun
  • Engiyoshi
Pengarah Kai
Penulis
Pelepasan Summer Pockets
29 Jun 2018
  • Windows
    • JP: 29 Jun 2018
    • WW: 5 Februari 2020
    iOS
    • JP: 17 Disember 2018
    Android
    • JP: 21 Disember 2018
    Nintendo Switch
    • JP: 20 Jun 2019
Reflection Blue
26 Jun 2020
  • Windows
    • JP: 26 Jun 2020
    Android
    • JP: 20 Ogos 2020
    iOS
    • JP: 27 April 2021
    Nintendo Switch
    • JP: 1 Julai 2021
    PlayStation 4
    • JP: 21 Julai, 2022
Penerbit Visual Arts (Windows)
Prototype (Switch)
Genre Novel visual
Pembangun Key

Rujukan

WikiPedia: Summer Pockets http://www.animenewsnetwork.com/news/2016-12-10/vi... http://gs.dengeki.com/news/89671/ http://key.visualarts.gr.jp/diary/2018/03/post_161... http://key.visualarts.gr.jp/summer/spec.html http://blog.livedoor.jp/sagaplanets_hs/archives/69... https://www.animenewsnetwork.com/news/2021-12-29/a... https://www.siliconera.com/summer-pockets-reflecti... https://web.archive.org/web/20160704052156/http://... https://web.archive.org/web/20161208111519/http://... https://web.archive.org/web/20161213215805/http://...